Kegiatan Ekonomi Gunong

Kebanyakan kegiatan ekonomi penduduk di dalam daerah Gunong bergantung kepada

    1. Sektor Pertanian (Padi dan Getah)
    2. Penternakan (Lembu, Kambing dan Itik Telor)
    3. Perniagaan
    4. Buruh
    5. Perkhidmatan Kerajaan.

Industri Kampung/ Kraftangan

Industri kampung yang wujud di Daerah Gunong ialah membuat roti di kampung Pak Mali, Gunong. Manakala industri kraftangan ialah ukiran kayu di kampung Lubuk Kuin, Kampung Bakong dan Telaga Ara.

Kesenian Dan Kebudayaan

    1. Kumpulan Silat Gayong dan Tommoi berpusat di Kampung Bukit Temalong
    2. Kumpulan Dikir Barat di kampung Kubang Telaga, Telaga Ara dan Cabang Tiga Bator
    3. Kumpulan kompang di Permatang Pasir.

Di Gunong pada masa ini terdapat tapak sukan kuda lasak dan litar go-kart, berada kira-kira 500 meter dari Simpang Empat Gunong. Di litar dan tapak sukan kuda lasak ini selalu diadakan acara tahunan yang merupakan antara acara resmi Jajahan Bachok dan menjadi daya tarikan kepada para pelancong selain Pantai Irama.

Di Pekan Gunong juga pada tahun 2006 telah didirikan sebuah pusat membeli-belah (mini-market) yang dikendalikan oleh Pantai Timur yang dikenali dengan Emporium Pantai Timur. Dengan wujudnya kompleks beli-belah mini ini telah menaikkan lagi imej Pekan Gunong menjadi sebuah pekan yang semakin membangun.